Saturday, June 8, 2013

Aku Menyayangimu Kerana Allah







Duhai sahabat..



Andai perkenalan kita ini diredhai Allah

Engkau genggamlah ukhuwah ini

Dengan keikhlasan yang kudus

Dengan rasa cinta kepada Illahi



Duhai sahabat...

Tatkala air mata turun laju membasahi pipiku

Kau hadir di sisiku meminjamkan bahu

Untukku lepas segala tangis yang terpendam di hati

Lalu kau tatap wajahku

Dan kau hadiahkan ukiran senyum terindah buatku



Duhai sahabat...

Di saat aku terleka akan cinta terhadap duniawi

Kau berulang-kali menegurku dengan selembut-lembut perkataan

Kau datang kepadaku membisikkan kalimat Illahi...

"Cinta dunia tidak ke mana, kejarlah cinta Allah,

InsyaAllah kita ke Al-Jannah!"

Dan aku tersedar dari buaiku...



Duhai sahabat...

Sesalku tidak terungkap Sewaktu dulu aku mencarik sukmamu

Sewaktu dulu aku mengguris perasaanmu

Kau tidak mengungkitnya kembali...

Sesungguhnya hatiku terkesan dengan kata-katamu

"Aku sayangi engkau demi Allah,

Aku sayangi engkau kerana Allah,

Dan aku tidakkan mahu memutuskan ukhwah ini, kerana Allah...”



Duhai sahabat...

Masihku ingati peristiwa itu

Tika ada perselisihan faham antara kita

Akibat aniaya orang ketiga

Kau duduk di hadapanku dengan linangan air mata teresak-esak

Kau tebalkan muka memohon maaf kepadaku walau itu bukan salahmu

Dan aku cuba menyembunyikan

Cucuran manik-manik jernih yang tidak dapat ditahan lagi

"Allah sedang menguji kita,

sejauh mana kuatnya kita mempertahankan,

Ikatan persahabatan yang kita jalinkan ini..

" Dan aku terangguk-angguk sedangkan hati ini masih celaru

Kau genggam tanganku Dan aku yakin,

kaulah sahabatku yang satu...



Duhai sahabat...

Tika itu aku merasa sebak

Beruntungnya aku mempunyai sahabat sepertimu...

Sedangkan aku tidak pernah berterima kasih



Duhai sahabat... Aku berharap agar aku mampu

Menjadi seorang sahabat sama sepertimu

Sahabat yang menyayangi sahabatnya,

Sahabat yang mengasihi sahabatnya,

Hanya kerana ketulusan cinta kepada Allah

Lalu aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi

Moga Allah utuhkan ukhuwah kita Yang terjalin selama ini...

Berterusan hinggalah ke Al-Jannah...InsyaAllah!

Dengan setitis air mata

Aku mahu mengkhabarkan kepadamu sesuatu,

Sesuatu yang tidak pernah ku ungkapkan pada zahirnya...

Daku sangat menyayangimu duhai sahabatku...

Thursday, June 6, 2013

TeMaN..... SaHaBAt.... kAwan......



teman..

seorang sahaja manusia yang sangat liat berpisah dengan anda!susah senang dia ada, sakit sihat pun ada, kaya miskin pun setia menunngu, sanggup bersedihan bila insan si teman dalam kesusahan, mahukan memberi pertolongan, selalunya, peringkat ini adalah sahabat yang pada asal tadi telah  menjadi teman sejati. cuma masalahnya sekarang, anda perlu tahu bahawa, teman selalunya satu, bukan beribu!itu hanya kawan ataupun sahabat, mahupun kenalan sahaja!









sahabat..

sahabat..susah nak cari sekarang. dia hanya cari kita waktu kita susah, dan tinggalkan kita waktu senang, disebabkan keikhlasannya kepada insan yang dipanggil sahabat tadi. manusia berhati murni ini, sangat-sangatlah rare, bila anda susah ia bertanyakan, 'Bro!ada masalah ke?jangn risau, aku boleh tolong aku tolong punya, kita solve sama-sama!'. bila senang, mereka melihat sahabat ini senang hati, mereka pun senang hati tanpa perasaan hasad mahupun dengki seperti ada pada kawan tadi.





kawan..

bercakap pasal kawan, semua orang ada, ada yang beribu lemon punya kawan, ada yang dua tiga puluh lemon je, (macam penulis), haha, namun, kawan adalah orang selalu kita jumpa hari-hari, bekerja, berbual dan berbincang bersama. Mereka sering mementingkan diri, suka hipokrit dan juga bercakap belakang mengenai kawan berikut. tidak seperti kenalan tadi. tetapi kadangkala, mereka ini amat diperlukan, kerna mereka ini lebih rapat dengan kita. malah mereka sanggup mengorbankan everything untuk anda!